Jumaat, 5 September 2014

Indahnya saat bergelar seorang ibu..

Perkara yang amat manis apabila sebuah perkahwinan dianugerahkan cahaya mata..Itulah yang semua orang inginkan apabila sebuah istana yang dibina atas dasar cinta dihadiahkan anak..







Perkahwinan yang bahagia menjadikan rumahtangga indah sekali..Apatah lagi dengan riuk-riuk kedengaran suara anak-anak yang bermain..Apabila pasangan suami isteri disatukan....sudah tentulah fasa yang seterusnya inginkan sebuah kebahagian..

Anak.!!!siapa yang tidak inginkan kehadiran anak dalam rumahtangga..mungkin ada sesetengahnya tidak berpeluang menimang cahaya mata walaupun setelah sekian lama mendirikan rumahtangga..

Berita yang amat mengembirakan pasangan apabila isteri tersayang sah bergelar seorang ibu..Itulah saat-saat manis buat seoarang ibu..Alangkah indahnya lagi apa buat kali pertamanya bergelar seorang ibu..Setiap orang yang disahkan mengandung.wajib mendapatkan rawatan susulan dan mendaftarkan diri.Layak mendapat buku merah.







Semasa fasa mengandung..para ibu haruslah menjaga kesihatn dengan baik.Apatah lagi buat kali pertama mengandung.Ini kerana para ibu tidak mempunyai pengalaman tentang penjagaan kesihatan yang baik.Semasa bulan-bulan mengandung..para ibu dinasihatkan mendapat kaunseling daripada klinik kesihatan yang terdekat..Jururawat kesihatan akan memantau setiap para ibu yang mendaftar diri dibawah klinik yang terdekat..

Alangkah indahnya saat-saat masa mengandung..Para suami yang amat teruja buat pertama kalinya bergelar bapa..ia akan menjaga makan minum isterinya dengan sempurna...Apa jua kehendak si isteri..suami akan tunaikannya..Bertuahnya si isteri itu apabila mendapat layanan yang istimewa.

Adakalanya..semasa fasa mengandung..si ibu akan mengalami masalah alah .Ini kerana perubahan horman dalam badan.Antaranya..mungkin akan muntah-muntah,tidak ada selera makan,mulut akan terasa loya,alegik pada sesuatu benda dan perbagai-bagi lagi.Bergantung pada seseorang individu itu sendiri,Mungkin ada setengah kes..si suami pula yang mengalaminya..Memang dengar pelik..Tetapi..itulah hakikatnya...

Proses perubahan horman ini akan berlaku semasa fasa permulaan mengandung iaitu awal-awal bulan pertama sehingga pertengahan mengandung..

Bukan semua orang dapat melalui kenangan manis semasa mengandung..Selalu yang sering maklum..ada diantara individu mengidam ataupun teringinkan sesuatu..Contohnya...ingin makanan yang pelik-pelik mahupun ingin melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelu itu..Sebab itulah indahnya bergelar seoarng ibu..

Berbagai cabaran mahupun rintangan yang akan dilalui oleh seoarng isteri yang akan bergelar ibu..
Setelah masuk fasa penghujung bulan kelahiran..suami isteri akan keluar bersama-sama untuk mencari kelengkapan buat insan yang akan lahir kedunia..Alangkah bahagianya saat-saat itu..Si suami tidak sabar menanti kehadiran orang baru dalam hidupnya..Tak semua orang mampu menikmatinya...







Saat-saat indah untuk menimang cahaya mata semakin hampir..Perasan gembira dan gentar akan terasa buat si ibu yang akan menantinya..

Pada saat dan ketika tibanya masa untuk melahirkan anak..perbagai cabaran akan dirasai oleh si ibu..Hanya sokongan dan doa yang mampu diucapkan..Mungkin perasaan gembira bercampur gementar adakalanya menyerang naluri si ibu.

Mungkin adakalanya..terasa sakit yang amat sangat tanpa boleh diungkapkan dengan kata-kata.Hanya seoranag ibu akan merasa bertapa peritnya saat-saat melahirkan anak..Proses melahirkan adakalanya mengambil masa yang lama.Tetapi ia bergantung kepada seseorang individu.Mungkin ada sesetengahnya hanya mengambil masa yang singkat..Tetapi..itulah kenangan manis yang tidak dapat diucapkan.Indahnya insan yang bergelar seorang ibu..

Setelah sekian lama menanti kehadiran insan tersayang..akhirla lahirlah kedunia yang nyata ini..Kehidupan rumahtangga akan bertambah bersinar dengan kehadiran orang baru..Akan tetapi..si ibu belum habis lagi dengan cabarannya..

Selepas proses kelahiran berlaku..si ibu haruslah menjaga kesihatannya dengan baik.Ini kerana..si ibu akan melalui proses berpantang.Mungkin ada sesetengah menjalani proses kelahiran secara normal mahupun pebedahan..Selepas kelahiran bayi..si ibu harus menjaga kesihatan dengan baik.Ini kerana..mungkin ada yang melalui pembedahan..jahitan pada bahagian kelahiran harus di jaga dengan baik dan sempurna..Adat berpantang kebiasaannya selama 44 hari sehinggalah 100 hari..Ia bergantung kepada amalan dan tahap kesihatan seseorang..






INDAHNYA SAAT BERGELAR SEORANG IBU..PERBAGAI CABARAN DAN PENGALAMAN DITEMPUHI...


saya dah lalui pengalaman menjadi seorang ibu..mungkin setiap orang berbeza pengalamannya...



Kesihatan yang baik..membolehkaan para ibu menjaga anak dengan baik..
zuraida
msj/wssp:0193779149

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapatkan shaklee sungai petani dengan mudah.0173779149

Shaklee.... Pasti anda diluar sana sudah kenali dengan jenama yang besar ini.. Ya..shaklee sudah dikenali oleh ramai pengguna di...