Ahad, 7 September 2014

Menu laksam..

Assalammualaikum..

Hari ini aku tak ada buat apa-apa aktiviti dekat luar..So..bolahla masak-masak apa yang teringin nak makan..

LAKSAM....heee..itulah resepi aku untuk hari ini...Sedap....Selalunya..laksam ini memang sudah terkenal dekat kelantan..Macam hidangan orang-orang dekat sana..Bagi aku..mungkin makanan lain dari tempat kelahiran aku..KEDAH..memang terkenal dengan laksa sahaja..Mungkin ada yang idak berapa suka dan mungkin yang tak biasa makannya..Aku dulu pun tak minat sangat..Ini semua daripada mak aku jug..Setiap kali pergi pasar malam mesti beli bawa balik rumah..Dah selalu sangat makan..jadi suka..Samala jug dengan adik-adikku yang lain..


 Jom kita kongsi resepi cara nak buat laksam..Mungkin bagi orang yang mahir sikit..lain dia punya cara..Aku buat yang simple aja...Janji..namanya LAKSAM..hee...

Bahan-bahan yang perlu ada:

KUAH:
  • 5 ekor ikan selayang (ikan temenungka..apa2 aja ikan yang ada boleh)
  • 1 biji kelapa( santan)
  • 10 gm lada hitam (nak pedas..tambah lagi)
  • 2 ulas bawang merah.
  • garam secukup rasa.
 BAHAN-BAHAN ULAM:
  •  Tauge.
  • Timun
  • Bunga kantan
  • Duan kesom.
  • Kacang panjang.
  • Cili.
BAHAN ISI (laksam)
  • 1 pekat tepung beras.
  • 5 sudu besar tepung gandum
  • Air suam dengan air panas.

Dah tahu bahan-bahannya....Jom kita belajar cara nak masaknya pula...Kalau mula-mula nak masak..memangla tak kick sangat..macam aku dulu..Lama2 dah biasa...jadi sedap..cuma tak mau niaga sahaja...heeee...

Cara-caranya:
=>Untuk menyediakan kuah..kita kena rebus ikan dahulu..Apabila ikan dah masak kira macam dah lembut..bolehla cerai-ceraikan isi dari tulangnya..mesin isi ikan tadi hingga hancur...tulang ikan pun boleh balnder juga..tapi jangan campur sekali dengan isi..sebab kalau blander tulang..kena tapis ambil air dia sahaja..nanti makan tulang pula..hee..
=>Dah siap semua...masukkan dalam periuk..bawang merah dengan lada hitam tumbuk bagi hancur..satukan semua dalam periuk..masukkan santan..Masak diatas api yang sederhana..Apabila dah mendidih..masukkan garam secukup rasa..SIAP..
=>Nak buat isinya pula...masukkan tepung dalam bekas..kacau perlahan-lahan dengn air.hingga hilang ketul-ketul tepung..
=>Didihkan periuk pengukus dengan api yang kecil..apabila dah ada wap..bolehla masak isi laksam.Ambil tudung periuk ..sapu minyak..tuangkan tepung atas tudung dan tutup periuk..biarkan dalam 5 minit..Dah siap isinya..
=>Bolehla potong ulam-ulam tadi untuk  dimakan bersama..
=>Kalau nak pedas..ambil cili blender..masak bersama gula..

Resepi dah dapat..jomla kita masak bersama.

SELAMAT MENCUBA...


 ZURAIDA
MSJ:0195500014
WSSP:0173779149







 














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dapatkan shaklee sungai petani dengan mudah.0173779149

Shaklee.... Pasti anda diluar sana sudah kenali dengan jenama yang besar ini.. Ya..shaklee sudah dikenali oleh ramai pengguna di...